Jumaat, 22 Januari 2016

19 Januari - Sambutan Kecil-Kecilan Hari Lahir Saya yang Ke-15

Rasa happy dan sangat teruja juga rasa sedih sehingga mengeluarkan tangisan gembira sebab umur dah naik setahun lagi. Kadang-kadang rasa macam cepat jer masa tu berlalu. Bukan kadang-kadang, memang selalu pun, hehehe.



Memang ramailah yang wish walaupun ada yang wish sampai hari esoknya. Biasalah kan, bukan semua orang ingat hari lahir kita. Lagi-lagi orang yang tak rapat dengan kita. Hmm.. jangan terasa sangat kepada kawan-kawan saya yang mungkin membaca.

Tak perlu dipanjangkan lagi. Mari lihat gambar-gambar di bawah.

Chocolate Indulgence - Secret Recipes


Ini keknya - Menegak

Ini keknya - Melintang

Ini keknya sekali dengan 6 lilin

Gambar ni paling susah nak buat. Sebenarnya gambar ni saya buat guna teknik 'selfie'. Jadi, ini gambar 'kek selfie'.


Sambutannya berlangsung dengan lancar. Tak ada masalah, kecuali masalah ejaan nama saya yang salah dan lilin. Sebenarnya saya memang tak nak lilin. Tapi, ada seseorang tu yang pergi letak lilin. Dah alang-alang letak lilin, letak lah sekali 15 kan. Bagi sama dengan umur. Ini letak 6 je. Hmmm. Saya pun terpaksalah tiup lilin tu.

"Kerana terpaksa aku relakan."

Salah satu hadiah yang saya dapat - Special Go Getter Mummy Mystery

Permainan ni memang mind challenging game

Pejam celik - pejam celik, umur dah 15. Dah tak lama dah nak jadi dewasa. Kena mula belajar hidup berdikari dan berusaha sendiri kalau nak kan sesuatu. Harap umur saya panjang lagilah supaya dapat terus tambah amalan untuk persiapan menuju ke alam akhirat nanti. Insya-Allah.

Ok, sampai di sini sahaja buat kali ini. Semoga bertemu lagi di lain hari. Terima Kasih kepada pembaca yang setia mahupun yang tidak setia kerana sudi membaca blog saya yang tidak sehebat blog-blog lain di luar sana.

  Ta ta ~

2 ulasan:

  1. wow! gembira nya diaa haha, apapon selamat hari jadi,harap nanti kita dapat jawab soklan pt3 yahh!! hari jadi saya 28 ogos laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. mestilah gembira. Terima Kasih untuk ucapan. Harap kita dapat jawablah. Dan ... anggap lah ucapan saya tu untuk hari jadi awak pada 28 ogos nanti. Takut lupa je nak ucap :)

      Padam