Jumaat, 26 Februari 2016

Kem - SMART Solat/SMART Ibadah/Anak Soleh

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Datang ke blog saya. 

Oh ya, Salam 1 Malaysia dan seantero dunia.

Ok, pertama sekali, memang ada tiga nama untuk kem ini. Saya pun sebenarnya tak pasti yang mana satu sekolah saya betul-betul gunakan sebagai nama yang rasmi untuk kem ini. Sebab, dalam borang tulis "SMART Ibadah", dalam buku pula, dia tulis "SMART Solat". Dalam FB sekolah, dia tulis "Anak Soleh". Hmm.. tak kisahlah apa nama kem ni, yang penting adalah tujuan ia diadakan.

Tak kira macam mana pun, pada pendapat peribadi saya, saya lebih suka "SMART Solat".
Bunyinya  lebih menarik pada saya.

Baiklah, rasanya tu je untuk permulaan, mari kita mula membaca.. 

Bulan Februari dah sampai ke hujung, disebabkan tahun ni tahun lompat, macam biasalah, akan ada 29 Februari. Dah sampai hujung bulan, tapi belum ada lagi cerita yang saya kongsikan untuk bulan ini. Nak kata tak ada apa-apa nak dikongsi, tak boleh juga, sebab ada. Dipermudahkan cerita, saya memang tak ada masa untuk kongsikan cerita saya yang terkini kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan.

Baru-baru ni saya memang agak sibuk jugalah. Dalam bulan ini saja, dah dua kem saya pergi. Untuk kali ini, saya nak cerita tentang Kem Smart Solat yang saya sertai pada 19 dan 20 Februari 2016 yang lalu ( 2 Hari  1 Malam  ). Kem ni dijalankan di sekolah saya. Ya lah, mestilah sekolah saya, kan ? Sebab anjuran daripada sekolah saya. 

Kita terus ke majlis..

Masa majlis perasmian, saya baca doa. Mula-mula tu gementar lah sikit, bukan sebab apa, tapi, tulisan dalam bahasa arabnya ada yang kurang jelas, jadi agak tergagap nak baca tu. Bagi mengelakkan kegagapan melanda, saya pun baca lah dengan seperlahan mungkin (bukan suara yang perlahan, tapi kelajuan membaca yang perlahan). Alhamdulillah, dapat baca walaupun ada sedikit tersangkut-sangkut. Rasa macam menyesal pun ada sebab bacaan saya belum cukup baik masa tu. Hmmm.. saya memang kena perbaiki bacaan saya lagi supaya dapat baca walaupun tanpa tanda baca.

Habis majlis perasmian, semua orang masuk surau. Ahh.. tak lah semua kot. Cuma peserta dan fasi je yang masuk rasanya. Jadi, sebagai permulaan, kami belajar menyanyi  dan menari  mengikut rentak lagu tema kami yang dah ditetapkan oleh fasi. Lepas tu, semua orang dapat satu benda warna merah (macam kain merah) yang kena ikat dekat kepala. Entah apa benda lah tu pun saya tak pasti namanya. Saya pakai jer lah sebab fasi yang suruh pakai.

Macam ni bendanya yang kena pakai dekat kepala tu. Saya punya nama dah macam nak luntur dalam gambar ni.

Seterusnya, macam biasalah, dalam setiap kem, biasanya akan ada penghulu  dan penghuluwati  yang akan membantu fasi-fasi   untuk menjaga 'anak-anak buah' (peserta). Fasi memanggil calon-calonnya ke hadapan dan kami pun mengundi dengan cara mengangkat tangan. Dah dapat dua orang ni, mereka pun beri sedikit kata-kata dan kemudian duduk. Kami berlatih sikit lagi untuk menghafal gerakan tarian lagu tema dan selepas itu, kami keluar daripada surau untuk solat asar berjemaah di dataran.

Untuk pengetahuan pembaca, fasi kami ada enam orang. Tiga orang lelaki   dan tiga orang perempuan  . Semuanya nampak muda-muda belaka. Rupa-rupanya, memang mereka masih muda. Cikgu kami cakap, ada antara mereka yang baru .. erhh.. lupa pulak.. tapi mungkin cikgu cakap "Baru nak ambil SPM tahun ni" atau "Baru lepas ambil SPM". Lebih kurang macam tu lah.

Kali pertama solat dekat dataran perhimpunan, terasa keluasan tu. Rasa lebih selesa sebab luas dan berangin. Tapi keselesaan tu tak lama sangat, habis jer solat, ada hujan   renyai-renyai . Kena duduk dekat dataran dalam keadaan hujan macam tu. Tapi sekejap jer lah, tak lama pun.

Semua orang dapat kumpulan masing-masing. Saya dapat kumpulan dua . Bukan dapat je, siap dilantik jadi ketua. Saya redha jer lah menerima jawatan tu walaupun saya rasa seperti 'bukan tak nak, tapi nak beri peluang kepada orang lain'. Aktiviti diteruskan... pertama sekali, kami buat explorace. Ok, ini bahagian yang memang seronok. Ada 10 checkpoint pulak tu. Dalam setiap checkpoint, ada yang tanya tentang rukun islam, rukun iman, anggota wudhuk yang wajib dan sunat, cara tayammum, buat sketsa tentang hawa nafsu dan tepati masa.. banyak lagilah. Nyanyi lagu pun ada . Masa explorace ni, kami ada buat sorakan untuk kumpulan kami sendiri. Sorakan kumpulan saya berbunyi "Capati roti canai, Makan cicah susu, Mari ramai-ramai, Kumpulan 2 nombor 1".

Kalau nak cerita banyak lagi, memang panjang lagilah. Jadi saya pendekkan sikit, habis aktiviti, makan, solat, aktiviti, makan, solat, aktiviti, tidur, qiamulail, solat subuh, makan, aktiviti.. dan faham-faham lah apa yang seterusnya. Tentang tidur, haaa.. kami semua disuruh tidur  dalam pukul 2:40 macam tu lah. Pukul 4 kena bangun untuk qiamulail. Saya memang tak tidur lah. 1 jam 20 minit je.. saya siap mandi  sekali lepastu lelapkan mata  sekejap dekat dewan bawah. Yang lelaki , tidur kat kelas-kelas, yang perempuan pulak , tidur di surau.

Saya pendekkan lagilah.. terus ke majlis penutup. Majlis penutup, saya pun baca doa juga. Patutnya orang lain, tapi orang tu tak nak pulak sebab katanya dia sakit tekak. Saya pun terima lah seadanya. Kali ni, Alhamdulillah, tulisan jelas, baru dapat baca dengan lancar. Masa majlis penutupan tu berlangsung, saya naik ke kelas-kelas sebab tolong susun kerusi dan meja balik (tolong sikit-sikit).  Tiba-tiba saya terasa sesuatu. Saya terasa sesuatu perasaan yang saya biasanya akan rasa sekurang-kurangnya sekali sahaja dalam masa setahun. Saya dapat rasakan di Kem itu dan saya teramatlah bersyukur kerana Allah berikan saya perasaan itu. Susah nak gambarkan, tapi rasanya macam satu rasa yang seolah-olah kita dapat merasakan realiti. Seperti, orang yang tidur lena dibuai mimpi buat masa yang lama telah terjaga daripada tidurnya dan dapat merasakan keadaan sekelilingnya seperti benar-benar wujud di mana dia dapat merasakan setiap pergerakan yang dia lakukan. Lebih kurang macam tu lah yang saya rasa, tapi lebih lagi. Susah betul saya nak jelaskan macam mana rasanya. Tak kiralah macam mana, rasa tu tetap hebat dan rasa tu tetap buat saya rasa seperti dapat buka buku baru dalam kehidupan ini. 

Kami semua (para peserta kem) dapat sijil penyertaan daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Habis majlis, ada makanan tengah hari di kantin, Alhamdulillah, sedap. Ada orang tak makan dulu dan terus balik sebab ibu bapa mereka dah ada yang menunggu. Saya pun sempatlah tangkap gambar dengan salah seorang daripada abang yang jadi fasi kami dekat kem tu. Sempat juga berterima kasih, minta maaf dan peluk abang-abang tu sebelum balik.

Wefie bersama Abang Ayie, guna phone dia. 

Itu sahaja lah, pengalaman tu memang seronok, rasa macam nak sertai lagi kalau ada. Dapat berikan pengalaman, kenangan yang indah, memori yang bermakna, nostalgia yang akan dikenang, dan paling utama sekali dapat menambah ilmu agama Islam dan seterusnya, Insya-Allah, mengamalkannya agar sentiasa segar dalam ingatan. 

Terima Kasih kerana sudi membaca,

Assalamualaikum 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan