Selasa, 8 November 2016

Program Selepas PT3 - Ceramah dan Lawatan

Global EDU
PT3 2016 dah tamat. Kami dah ‘merdeka’ walaupun hanya sementara. Namun, ‘kemerdekaan’ yang kami rasa sekarang ni, belum cukup indah selagi keputusan belum diberikan.

Sementara menanti hari mengambil keputusan, macam biasalah, setiap tahun mesti akan ada banyak program sama ada dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Kalau saya, sudah tentu saya sertai kesemua program yang dijalankan, kalau tentang lawatan, hmmm.. memang dah teramat pastilah saya akan ikut. Siapa tak nak pergi lawatan ? Boleh keluar daripada sekolah dan melawat tempat-tempat yang menarik bersama kawan-kawan kita. Eh, lupa pulak, cikgu sekali.

Sekarang ni, saya nak cerita tentang lawatan sahaja, kalau cerita tentang dalam sekolah punya program memang bertambah panjang lagilah cerita ni nampaknya.

Jadi, program di luar sekolah yang pertama sekali saya sertai selepas PT3 ni adalah “Global EDU”. Global EDU ni sebenarnya pusat latihan kemahiran. Sesiapa yang berminat untuk belajar kemahiran, boleh ke tempat ni. Memandangkan kami murid-murid tingkatan 3 baru jer lepas menjawab paper PT3, memang cikgu dah mula cuba untuk tarik minat beberapa murid yang nak sambung pelajaran mereka dalam bidang kemahiran.


Gambar masa di Global EDU

Kami pergi ke dua tempat pada hari kami ke Global EDU. Global EDU bertempat di Bandar Bukit Tinggi manakala tempat  kedua yang kami pergi tu pula bertempat di Setia Alam. Nama tempat tu pula adalah Asean Culinary Academy, kalau tak silap saya lah. Di sana boleh belajar cara nak buat kek, nak sediakan makanan dan banyak lagilah yang berkaitan tentang makanan.

Dalam bas, menuju ke Asean Culinary Academy
Masa dengar ceramah di Asean Culinary Academy

Kami semua dapat banyak maklumat yang berguna dan penerangan yang disampaikan sangat jelas. Walaupun tak dapat nak rasa makanan di sana (hehehe), lawatan tu tetap memuaskan hati saya.


Nah, beberapa gambar semasa di sana






Ok, rasanya itu sahaja untuk Global EDU, mari ke tajuk yang seterusnya.

Lawatan ke
Akademi Penerbangan Malaysia/ Malaysia Aviation Academy (MAvA)
Hmmm, nak digambarkan… tempatnya memang cantik, memang ‘akademi’. Memang terbaiklah. Pertama sekali, kami dengar ceramah pendek tentang kawalan trafik udara semasa sampai di akademi tersebut. Lepas ceramah, jalan-jalan  makan angin sekitar kawasan akademi itu. Semasa melawat ke sekeliling tempat tu, benda pertama dalam fikiran ‘yes, nak jumpa pilot’. Malangnya, tak ada pilot. Pramugari pun tak ada.

Tapi, semangat datang kembali apabila kami semua diberi peluang untuk masuk ke dalam 240D Simulator. Mula-mula dapat masuk ke dalam yang 360D Simulator, tapi sebab penyaman udaranya rosak dan menyebabkan suhu yang sepatutnya tidak dapat dikekalkan, tak dapatlah nak cuba simulator tu.  Tapi yang 240 punya pun seronok juga.

Dalam simulator, dapat tengok macam mana kapal terbang nak take off, nak landing, keadaan semasa hujan, salji, ribut, dan keadaan air traffic controller yang tak boleh nak main-main sebab kena jaga trafik udara sepanjang masa.

Lepas keluar daripada simulator, kami semua terus ke ‘tempat makan’. Entahlah apa nama tempat tu, saya pun dah lupa. Kemudian, makan dan minum, lepas tu tangkap gambar beramai-ramai depan akademi tu sebelum meneruskan perjalanan kedua kami ke pesta buku di Putrajaya.

Yaaa… sampai je di Putrajaya, terdengar pulak ada kawan saya cakap dia tak pernah pergi Putrajaya, hmmm.. kesiannya dia, akhirnya dia dapat pergi dan merasa tempat tu juga.

Terfikir juga, kenapa cikgu bawa kami ke pesta buku ni ? Tapi, persoalan itu hilang bila saya dapat ‘hikmah’ di sebalik perjalanan ke sana.  Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana apa yang saya sangat inginkan baru-baru ini, telah saya dapat di pesta buku tersebut. Wah, sungguh indah pengalaman di situ bersamanya (Hati sedang berbunga).

Tak lama pun di pesta buku, sejam je, kawan saya pandai, tinggalkan saya dengan seseorang yang saya perlu jaga lepas tu keluar kemudian pergi beli air dan minuman, saya pula tak perasan yang masa lawatan dah hampir tamat, dah kena berkumpul semua ke bas, jadi, saya pun tak sempat nak beli apa-apa untuk diminum atau dimakan di dalam bas, dah lah tengar lapar masa tu. Bukan rezeki lah nampaknya.
Habis lawatan, pulanglah kami semua ke sekolah sebelum pulang ke rumah.

Itu sahaja untuk kali ini. Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan